OmniaUSB direka khas bagi membantu anda menelusuri dunia bisnes yang serba mencabar ini. Ianya umpama sebuah komuniti bisnes bagi membolehkan usahawan saling membantu antara satu sama lain, serta membuang rasa gentar dan halangan keraguan dalam membuat keputusan bisnes anda sendiri.
OmniaUSB ialah platform pemangkin bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana bagi melancarkan bisnes mereka ke dalam pasaran dengan penuh keyakinan. Usahawan berpeluang bekerjasama secara rapat bersama pakar dalam kalangan media, digital dan bisnes melalui kelas dan seminar. Persekitaran komuniti OmniaUSB ini memiliki keperluan bagi menggalak bisnes ke tahap yang seterusnya melalui kekuatan perangkaian, penyelesaian bisnes dan pembangunan.
Mantapkan bisnes anda bersama OmniaUSB bersama pakar-pakar industri.