Omnia USB Omnia USB Omnia USB
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
  • Aktiviti
  • Berita
  • Rakan
  • Rakan PKS
  • OKBeli
  • Faedah Keahlian
  • Hubungi Kami
  • 02/02/2022
Pra tempahan tudung MINAZ laris 250,000 helai
Pra tempahan tudung MINAZ laris 250,000 helai

Kuala Lumpur: Belum dilancarkan secara rasmi pada malam ini, koleksi tudung bawal MINAZ Hijab Blossom 3.0 bagi kempen Next Chapter menampilkan Kilafairy sebagai duta sudah menerima 250,000 pra tempahan.

MINAZ Hijab yang dilancarkan pada Ogos tahun lalu dengan taruhan signature printed Blossom Series terus pantas menjadi kegilaan wanita Malaysia.

Kejayaan koleksi terdahulu contohnya sebanyak 300,000 helai terjual selepas lima bulan dilancarkan turut berpanjangan kali ini saat menggunakan khidmat dan pesona Kilafairy.

Pija MINAZ (kiri) dan Kilafairy
Pija MINAZ (kiri) dan Kilafairy

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif jenama tudung itu, Hafiza Datuk Abd Hamid atau lebih dikenali dengan nama Pija MINAZ itu memanjat kesyukuran kerana kejayaan awal itu.

"Saya anggap tuah dan rezeki ini datang daripada pelbagai sudut. Tentunya kejayaan ini takkan diperoleh tanpa kerja keras pasukan MINAZ, stokis dan ejen seluruh Malaysia seterusnya sokongan Kilafairy sebagai wajah wakilan kempen.

"Kami mensasarkan lima orang bakal Jutawan Hijab hujung tahun ini. Perniagaan tudung bawal material kapas berkualiti tinggi ini dijual dengan harga mampu milik RM29 sehelai.

"Pembungkusannya setanding jenama mewah. Bagi mendapatkan tudung bawal itu boleh layari www.minaz.com.my," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd
Baca Selanjutnya
Sertai Sekarang!
Tentang OmniaUSB
  • Misi
  • Aktiviti
  • Faedah Keahlian
Sokongan
  • Rakan Kami
  • Hubungi Kami
Media Sosial

© 2023 Media Prima Omnia Sdn Bhd (532975-A). All Rights Reserved.