Omnia USB Omnia USB Omnia USB
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
  • Aktiviti
  • Berita
  • Rakan
  • Rakan PKS
  • OKBeli
  • Faedah Keahlian
  • Hubungi Kami
  • 18/02/2022
  • Mohamad Fahd Rahmat
MITI ikrar terus bantu usahawan IKS terkesan Covid-19
MITI ikrar terus bantu usahawan IKS terkesan Covid-19

[email protected]

Kulai: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan terus membantu usahawan Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, bantuan itu termasuk sumbangan kepakaran SIRIM Berhad (SIRIM) dengan harapan produk PKS berkenaan dapat diperluaskan ke dalam pasaran tempatan dan global.

Katanya, menerusi teknologi sedia ada (produk PKS) memasuki platfom online membolehkan produk menembusi ke peringkat global dan serantau.

"Ini adalah sebahagian tanggungjawab saya melalui SIRIM untuk membantu usahawan mikro kecil dan sederhana yang terkesan akibat pandemik Covid-19 untuk segera bangkit semula dan meneruskan aktiviti perniagaan mereka.

"Hari ini kita menyaksikan bagaimana SIRIM atas kepemimpinan dan pegawai SIRIM membantu Wak Salleh iaitu pengusaha Anak Bapak Maju Enterprise untuk meningkatkan produktiviti mereka dan bersama saya juga (YB) Tosrin untuk melihat kejayaan SIRIM," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Skim Bersama SIRIM @ Anak Bapak Maju Enterprise, di Taman Muhibah Saleng, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi dan Pengurus Besar Kanan Pemasaran Kumpulan dan Pejabat Wilayah Perancangan Strategik Kumpulan SIRIM, Abdul Ghani Abdul Rahman.

Mohamed Azmin berkata, seramai 30 usahawan IKS seluruh negara sudah menyertai program berkenaan sejak Ogos tahun lalu.

Katanya, SIRIM adalah badan yang bertanggungjawab melakukan penyelidikan dan inovasi industri.

"Satu daripada mandat yang kita berikan kepada SIRIM adalah untuk pembangunan standard serta kualiti. Walaupun pengusaha Anak Bapak Maju Enterprise ini beroperasi hampir sembilan tahun namun sudah tentu beliau memerlukan sokongan dan dukungan daripada kerajaan.

"Melalui SIRIM untuk meningkatkan produktiviti melalui pembangunan jenama, pelabelan, dan kandungan nutrisi supaya makanan dan produk dikeluarkan ini selamat dan dapat dipasarkan ke pasaran lebih luas sama ada di pasar raya di kedai kedai lain untuk menembusi pasaran lebih besar," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
© New Straits Times Press (M) Bhd
Baca Selanjutnya
Sertai Sekarang!
Tentang OmniaUSB
  • Misi
  • Aktiviti
  • Faedah Keahlian
Sokongan
  • Rakan Kami
  • Hubungi Kami
Media Sosial

© 2023 Media Prima Omnia Sdn Bhd (532975-A). All Rights Reserved.